Thursday, 1 December 2011

Komunikasi Berkesan dalam Bilik Darjah

KONSEP KOMUNIKASI
Komunikasi bermaksud perhubungan. Tujuan utama berkomunikasi antara orang ialah menyampaikan khabar, berita, masej, pendapat atau maklumat kepada pendengar. Terdapat pelbagai cara digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi. Antaranya ialah penggunaan alat media seperti majalah, akhbar, radio, television, internet dan sebagainya. Tetapi biasanya komunikasi berlaku dalam bentuk lisan dan bertulis. Mengikut Hight, komunikasi ialah pemancaran maklumat atau idea daripada pemikiran seorang kepada pemikiran orang lain. Dalam konteks pendidikan, ia merupakan satu pertukaran maklumat  di antara dua individu  atau dintara seorang individu dengan dengan sekumpulan orang. Umumnya, komunikasi merupakan suatu interaksi sosial dintara orang mealui aktiviti pemindahan masej secara lisan. Di dalam bilik darjah, komunikasi biasanya berlaku di antara guru dengan murid semasa aktiviti pengajara dan pembelajaran.

PEMBENTUKAN KOMUNIKASI MELALUI INTERAKSI BERKESAN
Interaksi dua hala yang wujud di antara guru dengan murid, murid dengan murid dalam bilik darjah adalah penting dan kondusif ke arah peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru haruslah berusaha mewujudkan interaksi yang boleh menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hal ini akan menjadikan kerja pengajaran guru dan aktiviti pembelajaran murid lebih menarik dan menyeronokkan. Berikut ialah beberapa cadangan yang boleh diamalkan oleh guru untuk membentuk interaksi yang berkesan dalam bilik darjah :

Amalkan sikap kepimpinan demokratik.
Kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis dintara guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid dapat berdamping rapat dengan guru., tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendappat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di antara satu dengan yang lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.

Menggunakan teknik menyoal.
Semasa penyampaian  isi pelajaran, guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk mendapatkan tindak balas murid atau mencunkil pendapat murid. Dengan menggunakan kaedah menyoal, murid-murid akan dibimbing dan digalakkan menjawab soalan-soalan guru. Melalui teknik ini, murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dengan memberi tindak balas, demi mewujudkan interaksi dua hala yang sihat di antara guru dan murid.

Mengelolakan banyak aktiviti kumpulan.
Aktiviti kumpulan banyak memberi peluang kepada murid-murid berinteraksi di natara satu dengan yang lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulam untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti-aktiviti pemulihan, lakonan dan sebagainya jika difikirkan perlu dan bersesuaian dengan pengelolaan kumpulan.

Menggunakan percakapan yang sesuai.
Percakapan guru yang boleh mewujudkan interaksi di antara guru dan murid-murid adalah diklasikasikan  di bawah ketegori pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru haruslah boleh menggalakkan murid megemukakan pendapat atau emberi tindak balas mereka seperti dengan menggunakan teknik memuji atau menerima pendapat murid-murid dengan hati yang terbuka.

Menggunakan strategi berpusatkkan murid.
Startegi berpusatkkan murid ini adalah strategi yang digunakan untuk melibatkan murid secara aktif dalam aktivi pembelajaran mereka. Ini bermakna kaedah menerang, syarahan atau demontrasi guru harus dikurangkan kepada peringkat yang minimum. Sebaliknya, kaedah perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah ditambahkan kepada peringkat yang maksimum. Apabila murid-murid melibatkkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, interaksi antara murid akan dibentuk secara tidak langsung.

Menggunakan banyak alat bantu mengajar.
Alat bantu mengajar biasanya digunakan untuk menarik perhatian murid-murid serta menimbulkan minat mereka untuk belajar. Apabila minat murid telah dapat dibangkitkan, mereka akan berusaha belajar dengan melibatkan diri secara aktif dalan aktiviti pengajara dan pembelajaran. Alat bantu mengajar merupakan suatu media yang boleh mengaitkan hubungan guru dan murid-murid, dan secara tidak langsung interaksi di antara mereka akan dibentuk melaui penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.

Mewujudkan suasana interaksi yang kondusif dalam bilik darjah.
Suasana interaksi yang kondusif dalam bilik darjah dapat diwujudkan dengan menyusun keadaan fizikalnya. Ini dapat dilakukan dengan menyusun tempat duduk murid-murid mengikut bentuk kumpulan yang difikirkan sesuai mengikut kerativiti sendiri.

Membantu murid yang bermasalah.
Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut dan pemalu, guru harus mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadi dan seterusnya menggalakkan mereka menyertai aktiviti pembelajaran bersma dengan murid-murid yang lain. Guru juga harus mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid benrmasalah tersebut. Cara ini akan dapat melibatkan lebih ramai murid-murid berinteraksi diantara satu dengan yang lain.

KESIMPULAN
Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, kemahiran komunikasi yang baik serta peka  terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan berbagai pemantauan yang penyeliaan yang terpaksa dijalankan.

Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang, di antara perkara yang menjadi fokus ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistik, dan bijak dalam  pengurusan masa.

Perancangan yang rapi bagi memastikan objektif-objektif tercapai, meletakkan keutamaan dalam tugasan. Keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berintrkasi, dan berkomunikasi, kemahiran mengurus dan mentadbir, dan kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti komputer, kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan di samping memiliki wawasan yang jelas. Kemampuan membuat pemantauan atau refelkesi di atas kerja-kerja yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di samping memiliki sahsiah sebagai seorang guru yang boleh mempamerkan teladan yang baik kepada semua orang serta mematuhi tonggak dua belas, nilai dan etika dalam perkhidmatan awam serta etika kerja dalam Islam.

Pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasil bilik darjah harmonis, kondusif dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang memberansangkan serta mencapai objektif.

0 comments:

Post a Comment

 
;